Proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi selesai apabila penolong pegawai pengurus pilihan raya, Syamsul Fitry Ahmad mengumumkan waktu penerimaan penamaan calon tamat pada pukul 10 pagi.
Hanya dua nama yang menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap iaitu dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Selepas proses cabutan undi menentukan kedudukan dalam kertas undi dibuat, Dr Joohari Ariffin (gambar, empat dari kanan) mendapat kedudukan nombor satu manakala Abidin Ismail (PN) di nombor dua.
Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK Sungai Bakap yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.
Comments