top of page

Penahanan Fahmi Reza tidak wajar, karya satira bukan jenayah - AMK



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mendesak agar membebaskan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah susulan karyanya berkaitan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.


Ketua Biro Guaman dan Undang-Undang AMK, Asheeq Ali Sethi Alivi menyifatkan, penahanan pereka grafik itu jelas tidak selari dengan prinsip dan nilai yang diamalkan di bawah kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim .


"Datuk Seri Anwar sendiri telah menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju sekiranya Fahmi ditahan atau didakwa susulan karyanya itu.


"Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan mesej yang dibawa Fahmi melalui karya satiranya, namun AMK Malaysia berpendirian bahawa kritikan melalui karya seni seperti satira tidak boleh dianggap sebagai satu jenayah.


"Kebebasan bersuara dan berekspresi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan hendaklah sentiasa dilindungi selagi mana ia tidak menyebabkan sebarang ketidaktenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Asheeq lagi, pihaknya juga bersedia untuk memberikan bantuan guaman bagi membantu Fahmi dalam kes ini.


Fahmi atau nama sebenarnya, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, ditahan polis kira-kira jam 5 petang semalam selepas hadir untuk dirakam keterangan.


Ia susulan terdapat lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Tun Musa Aman.

Pereka grafik itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page