top of page

Pemukiman Angkatan Muda Harapan perkukuh agenda reformasi anak muda


YB Woo Kah Leong (bercakap) mempengerusikan pemukiman sebagai Ketua Muda Harapan yang baharu
YB Woo Kah Leong (bercakap) mempengerusikan pemukiman sebagai Ketua Muda Harapan yang baharu

Angkatan Muda Harapan (AMH) telah mengadakan Pemukiman Khas AMH semalam sejurus pelantikan ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong sebagai Ketua Pemuda AMH yang baharu bagi membincangkan agenda dan hala tuju sayap pemuda itu.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan, pemukiman tersebut bertujuan memperkukuh hala tuju dan perjuangan anak muda bagi memperkasa agenda reformasi negara, termasuk memperjuangkan pemansuhan beberapa undang undang yang dianggap lapuk serta tidak selari dengan perkembangan zaman.


"Dalam sesi perbincangan yang konstruktif, AMH menekankan beberapa agenda utama anak muda Malaysia, termasuk usaha berterusan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


"Ini selaras dengan komitmen Perdana Menteri dalam memperjuangkan reformasi sistem pendidikan tinggi serta memperkasakan suara mahasiswa sebagai pemangkin perubahan dalam negara.


"Sehubungan dengan itu, satu Jawatankuasa Bertindak Pemansuhan AUKU akan diwujudkan dalam pada itu untuk merangka segala gerak kerja berkenaan dengannya," kata Ammar dalam satu kenyataan.


Kata beliau, AMH percaya bahawa pemansuhan AUKU adalah langkah penting dalam mengangkat martabat mahasiswa serta memberikan mereka kebebasan akademik dan politik yang lebih luas.


"Oleh itu, AMH akan terus memperjuangkan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada anak muda, termasuk memperkukuh demokrasi kampus, memperbaiki akses kepada pendidikan berkualiti, dan memperjuangkan hak serta peluang ekonomi yang lebih adil bagi generasi muda," katanya lagi.


AMH dengan semangat solidariti dan reformasi, tegas Ammar, komited untuk memastikan suara anak muda didengar dan dijadikan keutamaan dalam dasar-dasar kerajaan demi masa depan Malaysia yang lebih progresif dan inklusif.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page