top of page

Pemindahan kuil: Kerajaan Madani berjaya selesaikan isu dengan bijaksana



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pujian apabila dilihat telah menyelesaikan isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dengan bijaksana dan saksama.


Pengerusi Biro Guaman KEADILAN Malaysia, R Sivarasa berpendapat, perdana menteri telah menyelesaikan isu berkenaan dengan cara yang dianggap terbaik berdasarkan keadaan sekarang.


''Suka atau tidak, kita tidak boleh lari daripada fakta bahawa tanah itu sekarang adalah milik orang lain (syarikat Jakel).


''Tetapi saya juga berpandangan adalah tidak adil kalau kuil itu dirobohkan begitu sahaja.


''Jadi saya lihat Kerajaan MADANI telah mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan memberi tapak baharu dan difahamkan saiznya lebih besar sedikit serta berada di kawasan berdekatan.


''Bagi saya, tidak patut dan tidak perlu untuk mana-mana pihak memainkan isu pemindahan kuil atau apa-apa yang berkaitan rumah ibadat di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang tindakan segelintir laskar siber yang mempersoalkan pemindahan kuil itu pada ketika ini sekali gus masih mahu memanaskan sentimen berhubung isu berkenaan.


Dalam isu sama, Sivarasa turut menempelak pihak pembangkang yang didakwa tidak membantu sama sekali dalam menyelesaikan isu berkenaan.


Ujarnya, Kerajaan MADANI telah memainkan peranan mereka dalam isu ini iaitu mencari dan mendapatkan tanah baharu berdekatan kawasan sama, seterusnya akan diwartakan agar kuil itu tidak perlu lagi dipindahkan.


Dalam laporan media sebelum ini, Anwar memaklumkan bahawa beliau akan hadir pada Khamis bagi merasmikan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas bagi pembinaan masjid di tapak kuil itu yang terletak di Jalan Masjid India itu.


Berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis semalam, Presiden KEADILAN itu memberitahu program akan dijalankan seperti dirancang meskipun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page