top of page

Pemimpin Perpaduan bergabung tenaga tawan Sungai Bakap



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK SG BAKAP: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap semakin meriah apabila pimpinan peringkat nasional silih berganti turun padang menyantuni pengundi serta menyertai ceramah-ceramah mega di kawasan-kawasan sasaran dalam DUN tersebut.


Paling dilihat meriah sudah pastilah gerak kerja kempen daripada calon Perpaduan iaitu Dr Joohari Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Joohari, calon No 1 untuk PRK Sungai Bakap.


Walaupun kempen PRK Sungai Bakap masih dalam minggu pertama, apa yang menarik ialah sudah ramai pemimpin-pemimpin daripada Kerajaan Perpaduan yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta parti turun membantu sejak gelanggang kempen dibuka secara rasmi pada 22 Jun lalu.


Biasanya dalam mana-mana PRK, kempen pada minggu pertama ini agak perlahan berbanding minggu kedua sebelum tibanya hari pengundian.


Tetapi berbeza dengan di Sungai Bakap ini, selain Cikgu Joohari sendiri ligat dengan pelbagai program setiap hari, kehadiran pemimpin-pemimpin yang berjawatan di peringkat pusat juga amat memberansangkan.


Pemimpin tertinggi KEADILAN hadir


Sehingga ini, antara pemimpin tinggi yang datang berkempen ialah Timbalan Presiden KEADILAN Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang (MPN).

Nurul Izzah dan Dr Wan Azizah bergabung tenaga

Selain Nurul Izzah yang dilihat paling 'berkampung' di Sungai Bakap ialah Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal.


Fadhlina bersama pasukan sayap Wanita KEADILAN dari seluruh negara mengatur pelbagai aktiviti untuk menyantuni pengundi ke pelusuk Sungai Bakap.


Turut membantu calon Perpaduan ialah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang Prof Datok Dr Mohamad Abdul Hamid dan ramai lagi bersama memastikan kempen berlangsung dengan berkesan.


Selain itu, Presiden Parti Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan turut hadir bersama pimpinan utama DAP, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang


Tentu sekali figura paling istimewa membantu kempen calon Perpaduan adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN merangkap isteri Perdana Menteri yang menyantuni pengundi Sungai Bakap.


Petanda positif


Sikap peka pemimpin-pemimpin pusat, negeri dan cabang membantu kempen menyuntik semangat untuk jentera Perpaduan terus berkempen dengan gigih dengan satu misi - menawan Sungai Bakap dengan kemenangan bergaya.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek menerangkan risalah kempen kepada pengundi

Semua ini adalah petanda positif menunjukkan semua pihak sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangan Cikgu Joohari pada 6 Julai akan datang, sekaligus merampas DUN yang sebelum ini dimenangi calon Pas mewakili PN.


Perkembangan ini sudah tentu memberi bayangan lebih ramai menteri dan timbalan menteri yang akan turun ke DUN berkenaan pada minggu kedua.


Dengan itu, setidak-tidaknya keyakinan pengundi untuk memberi undi kepada calon Kerajaan Perpaduan pada 6 Julai akan turut meningkat dengan sendirinya.


___________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page