top of page

Pemimpin muda tunjuk prinsip, idealisme, bukan pertahan perasuah - Dr Taufiq



Pemimpin muda seharusnya berpegang kepada prinsip dan idealisme sebagaimana perjuangan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Mohammed Taufiq Johari berkata, beliau menyokong penuh seruan Anwar sebelum ini yang menekankan agar anak muda menjadi jurubicara kepada suara hati rakyat pelbagai bangsa demi mempertahankan kebenaran dan menegakkan keadilan.


Kenyataan itu, katanya, amat tepat pada masanya memandangkan peranan anak muda semakin penting dalam membawa perubahan serta membela nasib masyarakat, terutamanya golongan yang terpinggir


"Anak muda adalah tunjang masa depan negara. Idealisme dan semangat yang mereka miliki adalah aset yang berharga dalam mencorakkan masa depan Malaysia.


"Saya menyeru anak muda untuk terus berani mencabar status quo dengan idea-idea baru, inovatif, dan progresif demi memastikan isu-isu rakyat seperti kemiskinan, pendidikan, dan pembangunan luar bandar diberi perhatian utama," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ahli Parlimen Sungai Petani itu menegaskan, menjadi pemimpin muda bukannya bermodalkan usia semata mata tanpa mempunyai idealisme yang betul membawa politik nilai ke tengah masyarakat.


"Saya tegaskan bahawa menjadi pemimpin muda bukanlah sekadar bergantung pada usia tetapi juga prinsip dan idealisme.


"Malangnya, ada segelintir tokoh muda yang memilih untuk mempertahankan perasuah dengan menormalisasi penyelewengan atas nama politik sempit, serta memainkan sentimen perkauman.


"Mereka ini sebenarnya mengkhianati semangat perjuangan anak muda yang tulus untuk membawa perubahan. Pemimpin seperti ini hanya akan memecahbelahkan masyarakat dan menjejaskan pembangunan negara," katanya.


Sehubungan itu, beliau mahu anak muda lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin dari kalangan parti parti politik di tanah air.


"Pilihlah mereka yang berintegriti, berprinsip, dan benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat, bukannya yang menjadi alat kepada kepentingan golongan tertentu.


"Semoga anak muda terus menjadi pemangkin kepada Malaysia yang lebih makmur, adil, dan bersatu padu dengan menjunjung tinggi prinsip integriti dan berusaha membawa perubahan demi kesejahteraan semua lapisan masyarakat," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page