top of page

Pemimpin masyarakat mohon dana Sejati MADANI - Fahmi



Kerajaan menyarankan Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung serta rukun tetangga segera memohon dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).


Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, permohonan dana yang bertujuan mengupayakan komuniti dengan menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat itu masih dibuka hingga 30 September ini.


"Kerajaan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pusat menyediakan peruntukan sehingga RM100,000.


"Saya sarankan kepada semua yang masih belum memohon dana SejaTi MADANI untuk segera berbuat demikian, dengan mendapatkan maklumat melalui laman web SejaTi MADANI," katanya dipetik pada sidang media di Sipitang, Sabah.

Fahmi berkata, terdapat lima sektor yang menjadi tumpuan dalam program SejaTi Madani, iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, serta aktiviti hijau dan kitar semula.

Sementara itu beliau turut menyeru masyarakat setempat memanfaatkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).


Pusat sehenti itu menyediakan pelbagai maklumat serta kemahiran yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.


"Semasa lawatan di NADI Mesapol tadi saya lihat ada yang mengusahakan kek lapis Sarawak, sampai ke Sipitang ada kek ini. Saya ke Kundasang, ada yang mengusahakan sambal tuhau, sedap dan NADI boleh membantu membangunkan usahawan tempatan dengan memasarkan produk melalui Internet," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page