top of page

Pemimpin KEADILAN ucap tahniah kemenangan BN di Nenggiri



Beberapa pemimpin KEADILAN mengucapkan tahniah sejurus Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie di Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri malam tadi.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, kemenangan dengan majoriti besar di Nenggiri yang di luar jangka itu mungkin merupakan petanda awal sokongan Melayu luar bandar kepada UMNO-BN telah pun pulih.


"Pengundi Nenggiri telah memilih. Tahniah BN," katanya dalam poster di Facebook.



Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek pula mengutus tahniah kepada calon DUN Nenggiri dan berharap kemenangan tersebut akan menjadi rekod baik pentadbiran BN - Perpaduan di Kelantan, yang boleh melahirkan gelombang lebih besar pada pilihanraya seterusnya.


"Selamat berkhidmat, YB Azmawi Fikri. Mendoakan yang terbaik buat YB!


"Selamat menjalankan amanah," kata Fadhlina.


Semalam Awie menang bergaya apabila berjaya meraih sebanyak 9,113 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional (Pas) Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti sebanyak 3,372 undi.


Daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), calon Kerajaan Perpaduan tampil menguasai 17 daripadanya, sekaligus meletakkan PN dalam prestasi terburuk dalam PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page