top of page

Pemimpin KEADILAN seluruh negara raikan Tahun Baharu Cina


Exco kerajaan Perak, Sandrea Ng (tiga dari kiri) bersama pimpinan dan angggota KEADILAN Cabang menggaul yee sang pada majlis makan malam Tahun Baru Cina di Gopeng pada Ahad lalu
Exco kerajaan Perak, Sandrea Ng (tiga dari kiri) bersama pimpinan dan angggota KEADILAN Cabang menggaul yee sang pada majlis makan malam Tahun Baru Cina di Gopeng pada Ahad lalu

Pemimpin KEADILAN seluruh negara raikan Tahun Baharu Cina dengan pelbagai majlis jamuan dan kunjungan bagi mengeratkan semangat perpaduan berbilang kaum di negara ini.


Di Perak, suasana penuh ceria apabila keluarga besar KEADILAN Gopeng berkumpul bersama-sama untuk sambutan Tahun Baru Cina, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang juga ahli MPP Wanita KEADILAN, Sandrea Ng.


"Kita yakin Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memacu reformasi. Dari tadbir urus yang baik ke arah pembangunan ekonomi, kita akan terus bersama berjuang demi kesejahteraan rakyat dan keadilan untuk semua.


"Selamat Tahun Baru Cina kepada semua. Semoga anda sekeluarga dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan sepanjang tahun," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teja.


Terdahulu beliau mengedarkan sumbangan limau mandarin di sekitar Kopisan Baru, Kampung Baru Kopisan dan Rumah Orang Tua Gopeng dan pekan Gopeng.


Di Johor, pimpinan Cabang KEADILAN Simpang Renggam telah mengadakan program ziarah kasih untuk menyantuni keluarga Lee Mei Lan, seorang aktivis Pakatan Harapan dan bekas ketua masyarakat Cina di Renggam yang dalam proses pemulihan selepas terkena serangan strok.


Lawatan tersebut diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN, Nor Azlinda Jaafardan Wanita Penggerak Keadilan Simpang Renggam. Dalam kunjungan itu, pihak pimpinan menyerahkan sumbangan berupa sekotak limau sebagai tanda persahabatan serta sedikit wang sebagai duit raya kepada keluarga Lee.


"Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bersama pimpinan cabang turut mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada keluarga Puan Lee dan mendoakan agar kesihatan suaminya serta ibunya kembali pulih seperti sedia kala," kata Cabang KEADILAN Simpang Renggam.


Sementara itu di Melaka pada Khamis lalu, Cabang KEADILAN Alor Gajah mengadakan Majlis Amal Tahun Baru Cina 2025 di Dewan SJKC Machap Baru yang berjaya menyatukan masyarakat berbilang kaum untuk turut hadir ke program tersebut.


Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah dan Chan Ming Kai Setiausaha Politik Perdana Menteri serta Ketua Cabang Alor Gajah Datuk Ginie Lim.


Pada majlis tersebut seramai 100 penduduk menerima sumbangan angpau dan kit makanan.


Anggota pimpinan KEADILAN Cabang Rasah menyampaikan sumbangan limau mandarin dan hamper kepada penduduk di sekitar Rasah, Negeri Sembilan pada Ahad.
Anggota pimpinan KEADILAN Cabang Rasah menyampaikan sumbangan limau mandarin dan hamper kepada penduduk di sekitar Rasah, Negeri Sembilan pada Ahad.

Di Negeri Sembilan, pimpinan Cabang KEADILAN Rasah bersama Angkatan Muda Keadila (AMK) Rasah menyampaikan sumbangan hamper dan buah limau sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada penduduk di sekitar Rasah.


"Sumbangan disampaikan Ketua AMK Negeri Sembilan Mohamad Afif Melaw bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK Malaysia Ahmad Umar Khair Zainuddin dan Marina Ghani serta Ketua Squad AMK Malaysia Mohammad Nazim.


"Diharap sumbangan tersebut dapat menceriakan penduduk yang menyambut makan besar," kata AMK Rasah.


Turut hadir Ketua Cabang KEADILAN Rasah Datuk Ismail Ahmad bersama timbalannya Saidkhan Mohamad Dali dan Naib Ketua Cabang Datuk Thomas Thong serta Ketua AMK Rasah Ahmad Izzuddin Ismail.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page