top of page

Pemimpin AMK perlu memahami denyut nadi akar umbi - Izuan Kasim



Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kassim menganggap prinsip perjuangan KEADILAN perlu dipegang selagi mana seseorang bergelar anggota atau pimpinan parti.


Izuan yang bermula dari hierarki bawah sebagai sukarelawan parti pada 2011 ketika masih bergelar mahasiswa sehingga kini terus bersama KEADILAN memperjuangkan hak setiap rakyat Malaysia.


Sehubungan itu, beliau berkata, Pemilihan KEADILAN 2025 bukanlah sekadar bersaing merebut jawatan tetapi bakal menentukan masa hadapan sayap parti dan berterusannya pembelaan kepada masyarakat.


"Dengan Perdana Menteri datangnya dari KEADILAN, menjadi tanggungjawab AMK untuk memastikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kukuh dan KEADILAN kembali merampas kerusi (dalam pilihanraya) yang terlepas.


"Selama 13 tahun, saya telah turun ke medan pilihanraya di seluruh Malaysia, PRU, PRN dan PRK.


"Oleh itu, saya memahami denyut nadi akar umbi dan cabaran sebenar di lapangan. Berbekalkan pengalaman ini, saya berikrar untuk memperkasa gerak kerja parti agar lebih tersusun, bersedia dan ampuh untuk menghadapi pilihanraya akan datang," katanya.


Justeru, Izuan pada pemilihan kali ini menawarkan diri untuk bertanding posisi Timbalan Ketua AMK Malaysia.


"Dengan penuh keinsafan, semangat perjuangan yang tidak pernah padam dan tekad yang tidak pernah goyah, saya menawarkan diri sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia bagi sesi 2025-2028," katanya.


KEADILAN akan mengadakan pemilihan jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.


Manakala jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) akan dilaksanakan pada 24 Mei.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page