top of page

Pemilik PPR sewakan kediaman berdepan tindakan tegas



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi amaran tegas akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menyewakan kediaman mereka terutama kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).


"Kita mengesan ramai pemilik rumah PPR ini menyewakan unit kediaman mereka kepada pekerja-pekerja asing dan PATI.


"Saya hendak beri teguran, kementerian kita akan menguatkuasakan undang-undang dan akan melakukan operasi secara besar-besaran tidak lama lagi," kata menteri KPKT, Nga Kor Ming,


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Jalan Utama Bandar Seri Botani di Ipoh pada Khamis.


Beliau berkata, tindakan pemilik rumah menyewakan unit kediaman mereka adalah melanggar syarat penyewaan dalam Kontrak Perjanjian Penyewaan Rumah PPR.


Pemilik menegaskan, pemilik perlu bertanggungjawab dan wajib mematuhi syarat-syarat dalam kontrak penyewaan yang telah dipersetujui.


Ini kerana kerajaan memberi subsidi tinggi dalam pembinaan rumah PPR yang mana pemilik menikmati subsidi lebih RM200,000 dengan membayar lebih RM45,000 bagi setiap unit rumah.


"Mereka memohon rumah ini dengan alasan tiada tempat tinggal, apabila sudah dapat tidak mahu duduk malah disewakan pula pada orang lain.


"Jika keadaan ini berterusan sehingga hari kiamat pun masalah kekurangan rumah tidak mampu diselesaikan," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page