top of page

Pemilihan urusan dalaman parti, tidak babit Kabinet - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi berhubung kemungkinan beliau melakukan rombakan Kabinet susulan keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang menyaksikan beberapa anggota Jemaah Menteri tumpas dalam persaingan di peringkat cabang parti itu.


Perdana Menteri berkata pemilihan tersebut merupakan urusan dalaman parti dan ia tidak membabitkan pentadbiran kerajaan.


"Ini (isu) pimpinan parti, ia berjalan dengan baik. Kalau ada masalah atau kekeliruan, ia boleh dibangkitkan dalam pemilihan parti.


"Pilihan parti berjalan dengan baik, mesyuarat khas pun akan diadakan Rabu ini, tapi ini persoalan parti. Tak timbul soal Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan – semuanya berjalan seperti biasa dan baik," katanya dipetik Bernama pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya hari ini.


Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta timbalannya Datuk Mustapha Sakmud, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata pertimbangan mengenai kedudukan anggota Kabinet dibuat berdasarkan prestasi mereka dan bukannya mengikut percaturan politik.


"Saya lihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan dari segi percaturan politik," katanya.


Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan sama ada rombakan Kabinet dilakukan atau sebaliknya hanya akan diketahui selepas proses Pemilihan KEADILAN 2025 di peringkat Pusat selesai pada 24 Mei ini.


Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata sebarang perubahan anggota Kabinet merupakan kuasa prerogatif Perdana Menteri.


"Mungkin selepas itu (pemilihan Pusat KEADILAN), kita akan tahu dengan lebih jelas laluan ke depan," katanya.


Proses pemilihan KEADILAN di peringkat Cabang yang berakhir semalam menyaksikan beberapa anggota Jemaah Menteri seperti Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Naib Presiden KEADILAN gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Setiawangsa.


Beliau tewas kepada pengarah serta pelakon Datuk Afdlin Shauki.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim pula gagal dalam cubaan merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya apabila tewas kepada pencabarnya Zamzizul Nordin.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Johor Bahru selepas tumpas kepada Mohamad Taufiq Ismail.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page