top of page

Pemilihan KEADILAN Selangor cerminan dinamik politik, aspirasi akar umbi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read


Oleh: Sandy Zaliu


ANALISIS: Pemilihan KEADILAN 2025 peringkat cabang di Selangor bukan sekadar acara berkala dalam kitaran politik parti. Ia menjadi pentas utama dalam menilai denyut nadi akar umbi serta membaca arah kepimpinan baharu dalam era Malaysia MADANI.


Lebih 98,000 ahli KEADILAN Selangor turun mengundi, sebahagian besarnya secara digital. Ini membuktikan bahawa ahli masih peduli dan terus mendambakan pembaharuan yang berani dan bermakna dalam landskap politik semasa.


Cerminan kemenangan idealisme


Antara tumpuan utama adalah di Ampang. Figura seni dan aktivis masyarakat, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan penyandang yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini bukan kemenangan populariti semata-mata, tetapi cerminan kemenangan idealisme yang konsisten, bersih dan dekat dengan denyut rakyat.


Di Pandan, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang selepas berdepan cabaran daripada Shahrom Musa, seorang aktivis akar umbi yang juga dikenali dalam kalangan anggota parti. Walaupun Rafizi masih mendominasi, kehadiran pencabar yang berwibawa membuktikan bahawa demokrasi dalam KEADILAN masih subur.


Persaingan di Shah Alam pula memperlihatkan perubahan generasi apabila Najwan Halimi berjaya mengatasi Rodziah Ismail. Ini membuka lembaran baharu buat cabang strategik yang sering menjadi tumpuan media dan pemerhati politik. Sementara itu, di Gombak, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari kekal sebagai Ketua Cabang tanpa saingan, satu gambaran bahawa kekuatan sedia ada masih belum dicabar secara terbuka.


Sistem e-undi berjaya


Lebih penting daripada keputusan adalah perjalanan proses itu sendiri. Sistem e-undi yang diperkenalkan berjalan lancar, dan pemantauan rapi oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti membuktikan komitmen KEADILAN untuk menampilkan diri sebagai parti yang progresif, moden dan telus.


Apa yang menjadi persoalan selepas ini ialah bagaimana pemimpin yang dipilih akan menterjemahkan mandat kepada gerak kerja sebenar. Bukan sekadar meraikan kemenangan, tetapi memperkasa suara rakyat dan membina semula kekuatan parti secara menyeluruh.


Selangor kekal sebagai nadi utama KEADILAN. Dan jika parti ini mahu kekal sebagai wadah reformasi, pemimpin-pemimpin baru tidak boleh menjadi penjaga jawatan semata-mata. Mereka harus menjadi pemacu harapan dan suara perubahan yang tulen.


Inilah masanya untuk membuktikan bahawa kemenangan bukan noktah, tetapi permulaan kepada perjuangan yang lebih besar. Perjuangan untuk rakyat, dan demi masa depan negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page