top of page

Pemilihan KEADILAN 2025: Perubahan sistem undi jamin proses lebih telus



Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad, menyifatkan proses pemilihan parti membabitkan pemimpin peringkat pusat parti itu yang menggunakan sistem undi perwakilan pada tahun ini sebagai lebih telus.


Dipetik laporan Berita Harian, beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata sistem itu dapat mengurangkan penggunaan 'cai' atau regu dalam kalangan pemimpin yang menawarkan diri bertanding.


"Keputusan mengguna sistem undi perwakilan itu juga bukannya dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya diluluskan secara sebulat suara dalam Kongres Khas KEADILAN.


"Penggunaan sistem undi perwakilan ini bagi memastikan pemilihan yang dibuat lebih adil dan representatif. Pemilihan sebelum ini hanya mengutamakan kuantiti semata-mata.


"Pada masa yang sama, pemilihan ini juga memperuntukkan supaya ada elemen kepelbagaian kaum serta menetapkan masing-masing 30 peratus wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai syarat wajib perwakilan setiap cabang," katanya.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sebelum ini yang mendakwa perubahan sistem pemilihan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam parti.


Mengulas lanjut Nik Nazmi menjelaskan, kaedah satu anggota satu undi masih diterapkan di dalam parti berkenaan untuk memilih calon yang layak.


"Pemilihan di peringkat Cabang masih kekalkan satu anggota satu undi," katanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page