top of page

Pemilihan KEADILAN 2022 : Medan Anggota Perkasakan Parti



Oleh: Fakharuddin Moslim


ULASAN: Saya sering ditanya, adakah Pemilihan KEADILAN kali ini akan menimbulkan ketegangan sesama anggota parti, khususnya terhadap kumpulan yang menyokong calon diperingkat tertinggi.


Jawapan saya mudah, Pemilihan KEADILAN kali ini, pada hemat saya akan menyatukan dan bahkan akan menjadikan parti ini menjadi lebih kuat. Kita sudah keluar jauh dari bayangan kumpulan kartel yang merosakkan parti. Yang bertanding kali ini, saya percaya, mereka inilah golongan setia yang mahu terus berjuang memastikan parti ini terus kukuh, dan diyakini rakyat.


Utamakan idea, hujah


Setiap calon, harus menzahirkan buah fikiran, wawasan atau idea yang akan menguatkan parti. Itulah yang utama. Jangan sesekali berkempen, dengan menyindir, memfitnah, mengejek dan menekan mana-mana calon yang bertanding. Jika perkara ini berlaku, maka saya fikir, itulah yang akan buat parti KEADILAN menjadi lemah. Bertandinglah secara sihat. Kerana setiap dari kita, ialah keluarga besar KEADILAN.


KEADILAN harus bergerak dengan idealisme yang betul kerana parti ini tertubuh dengan keringat dan air mata rakyat, yang mahu negara ini diurus dengan betul. Itulah semangat KEADILAN. Maka, calon yang bertanding, janganlah sesekali bawa semangat KEADILAN keluar jauh dari citra yang dimahukan rakyat.


Kukuh kepimpinan presiden parti


Khidmat dan buah fikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menang tanpa bertanding, kepimpinannya sudah pasti akan terus diperlukan, namun, beliau perlu dibantu oleh pimpinan yang betul dan tepat, khususnya dalam memberikan kesegaran terhadap idea-idea baru yang akan terus membolehkan KEADILAN terus relevan dalam arus perjuangan.


Justeru itu, inilah medan terbaik buat anggota parti memilih kepimpinan yang terbaik bagi memacu KEADILAN di arus perjuangan, sama ada di peringkat AMK Cabang, Wanita Cabang, Cabang, AMK Pusat, Wanita Pusat, dan jawatan-jawatan tertinggi yang lain termasuk Naib Presiden dan Timbalan Presiden.


Selamat bertanding buat pimpinan, dan selamat memilih pimpinan buat anggota parti yang akan mengundi.


________________________________________________________________________________

Fakharuddin Moslim merupakan calon Ketua Cabang KEADILAN Tenggara.

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page