top of page

Pemilihan calon PRU 15: KEADILAN sediakan calon terbaik, pro rakyat - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 12, 2022
  • 2 min read


Pemilihan calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 masih terus dibuka.


Menurut Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, tatacara pemilihan tersebut adalah yang paling demokratik di antara parti parti yang bertanding dalam pilihan raya kali ini


Pemilihan tersebut, katanya, akan berupaya membariskan calon calon yang berkelayakan serta benar benar disokong oleh pengundi di sesebuah kawasan.


"Salah satu hasrat utama saya dalam politik ialah membantu meletakkan orang yang ahlinya untuk memimpin. Banyak masalah selesai sekiranya orang yang jujur, berakhlak, berilmu, berkemahiran dan rajin diangkat menjadi pemimpin.


"Kepimpinan itu diuji melalui pengalaman dalam organisasi kerana hanya kumpulan pemimpin yang prinsip mereka selari antara satu sama lain yang boleh mentadbir sebagai kerajaan. Banyak perubahan dalam masyarakat masih bergantung kepada tindak tanduk kerajaan yang memerintah


"Mulai PRU15 ini, KEADILAN memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk tampil menjadi calon yang tertakluk kepada tatacara saringan dan pemilihan calon.


"KEADILAN adalah parti yang pertama yang mengumumkan secara telus kriteria, sistem pemarkahan dan saringan awal, prosiding pemilihan calon dan proses yang berlaku untuk memilih calon," katanya.


Justeru, bagi individu yang ingin menjadi calon Rafizi menyeru agar mereka semak Pekeliling Pilihanraya 2/2022 yang menghuraikan tatacara saringan dan pemilihan calon KEADILAN di https://drive.google.com/.../1Kyx.../view...


Pemilihan calon kali ini, kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu dijalankan secara yang amat telus dan mengambil kira kehendak pengundi di sesuatu kawasan.


"Kami faham pengundi mahu mutu calon yang lebih baik kali ini. Sebab itu proses pemilihan calon kita lebih telus dan demokratik.


"Penilaian calon berdasarkan 5 bidang. 30% berdasarkan rekod khidmat dalam parti, ambil kira kekananan dalam parti ambil kira pencalon peringkat Cabang, AMK, Wanita.


"20% adalah prestasi kempen lapangan untuk mengukur kekuatan jentera di bawah. 20% kewibawaan dan kesesuaian menjadi wakil rakyat, latar belakang akademik dan pengalaman.


"20% adalah sumbangan kepada masyarakat dan 10% adalah capaian media sosial untuk mengukur keberkesanan berkomunikasi," katanya lagi.


Oleh itu, kata Rafizi, sesiapa berminat menjadi calon masih boleh mendaftar di www.calonkeadilan.org dan pencalonan akan diproses mengikut tatacara yang disebutkan.




Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page