Pemilihan 2025: Status bantahan beberapa cabang diumum minggu depan
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 1 min read

Status bantahan melibatkan pemilihan beberapa cabang KEADILAN akan diumumkan minggu depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ketika ini beliau masih menunggu laporan daripada jawatankuasa.
"...akan ambil masa sebab kita kena teliti semua bantahan dan aduan sebelum buat keputusan muktamad.
"Ada beberapa (bantahan) keputusan cabang dan kita akan umumkan dalam minggu depan," katanya dipetik selepas Majlis Peluncuran Warisan KL: Wajah Baharu Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dr Zaliha sebelum ini mengesahkan, pemilihan semula cabang KEADILAN di Selayang, Jempol dan Silam akan diadakan susulan beberapa isu teknikal yang dikesan.
Bagi bantahan rasmi lain yang diusulkan, beliau berkata JPP menerima aduan membabitkan proses pemilihan cabang tertentu, namun ia belum dimuktamadkan.
"Kita perlu teliti semua bantahan dan aduan sebelum buat keputusan muktamad," katanya sambil menjelaskan, aduan-aduan yang diterima tidak hanya tertumpu kepada satu peringkat tertentu, malah merangkumi keseluruhan proses termasuk pencalonan, tempoh kempen dan keputusan yang diumumkan.
Comments