top of page

Pemilihan 2025: Bahan kempen fizikal tidak dibenar sepanjang tempoh kempen



KEADILAN menangguhkan pengumuman senarai akhir calon pemilihan cabang.


Jawatankuasa Pemilihan parti dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi menyelesaikan semua aduan dan perkara berkaitan senarai pencalonan.


Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.


Manakala bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pula akan dilaksanakan pada 24 Mei depan.


Dalam perkembangan berkaitan, KEADILAN mengeluarkan larangan penggunaan bahan kempen fizikal seperti banner, poster besar, bunting dan streamer pada pemilihan parti bagi tahun 2025.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dipetik laporan media berkata, larangan itu bagi memastikan perjalanan pemilihan lebih bersih dan adil dan akan berkuat kuasa sepanjang tempoh kempen rasmi yang ditetapkan JPP

"Mulai pemilihan kali ini, bahan kempen berbentuk fizikal seperti banner, poster besar, bunting, streamer dan lain-lain tidak dibenarkan dipamerkan di tempat awam sepanjang tempoh kempen rasmi yang ditetapkan oleh JPP.


"Bagi pemilihan Pimpinan Pusat, termasuk Wanita Pusat dan Angkatan Muda Pusat, sebarang bentuk kempen sama ada fizikal atau dalam talian yang berbentuk kempen berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali," katanya.


Selain itu tambahnya, tiada sebarang bentuk kempen dibenarkan pada hari pengundian bagi memastikan proses berjalan lancar tanpa pengaruh luar.


Parti turut menghadkan jumlah anggota yang berkumpul untuk membuang undi secara dalam talian.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page