top of page

Pemergian Dr Razali kehilangan besar bidang keilmuan negara



Pemergian murabbi unggul dan Presiden ABIM yang pertama Dr Razali Nawawi merupakan kehilangan besar buat dunia keilmuan negara.


Menurut kenyataan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Razali merupakan tokoh dakwah, ilmuwan dan tokoh masyarakat yang disegani kawan dan lawan.


"Beliau antara generasi awal anak Melayu yang mendapat pengajian di luar negara. Lebih istimewa beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Timur Tengah dan Eropah.


"Di UKM, beliau pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM dari tahun 1972 hingga 1976. Almarhum kemudiannya berpindah sebagai profesor di Fakulti Undang- undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula 1 September 1983 hingga 31 Disember 2008.


"Di UIAM beliau merupakan dekan pertama Fakulti Undang- undang, UIAM dari tahun 1983 sehingga 1990," kata kenyataan itu.


Manakala dalam persatuan pula, kata kenyataan berkenaan, Dr Razali mengasaskan pertubuhan Malaysian Islamic Study Group of United Kingdom (MISG-UK) bersama Almarhum Ustaz Dahlan Arshad dan lain-lain. Almarhum juga merupakan Khatib Pertama Solat Jumaat di Malaysia Hall, London.


Kemudian apabila pulang ke tanah air bermula tahun 1972 hingga 1974, beliau dilantik sebagai Presiden pertama ABIM, juga pengasas sistem usrah pertama di Malaysia.


Antara kertas kajian akademik dan buku ilmiah yang ditulis beliau ialah Critique of Christian Theology By Imam Al-Ghazali (ABIM, 1981), Ciri-ciri Syariah (ABIM, 1981), The Machinery of Islamic Justice in the Kingdom of Saudi Arabia and Malaysia (IIUM, 1990), “Hak-hak Wanita dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor” (DBP, 1998), Islamic Law on Commercial Transaction, (Cert, 2009), Erti Perjuangan (WADAH, 2020), Erti Kehidupan (WADAH, 2021) dan lain-lain.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page