top of page

Pembunuhan Ismail Haniyeh kejam, gagalkan rundingan damai Palesin-Israel - PM



Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh disifatkan Perdana Menteri Malaysia sebagai tindakan kejam dan tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat antarabangsa.


Menurut satu kenyataan dalam media sosial rasminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras kerasnya pembunuhan terancang berkenaan.


"Pembunuhan ini ternyata sangat tragik dan kejam yang jelas bertujuan untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa.


"Pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.

"Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian," katanya.


Kunjungan Almarhum Ismail Haniyeh di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada Januari 2020

PM jelas bimbang dengan nasib rakyat Palestin yang dikepung Israel berikutan pembunuhan pemimpin utama Hamas di Tehran yang jelas menceroboh kedaulatan negara Iran.


"Rakyat Palestin telah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya, dan saya amat bimbang tentang nasib mereka susulan pembunuhan saudara Ismail," katanya.


Kenyataan yang turut disekalikan video panggilan telefon PM kepada salah seorang pemimpin Hamas, Dr Basem Naim itu juga memuatkan pujian Anwar ke atas Almarhum Ismail yang sebelum ini gigih mengusahakan perdamaian dengan rejim Israel selepas 10 bulan rakyat Palestin menderita dalam pembunuhan beramai ramai yang dilakukan Zionis.


Anwar juga mengecam pemimpin dunia Barat yang sebelum ini mengkritik pertemuan beliau dengan Ismail tetapi tidak berusaha untuk menyelesaikan konflik di Palestin.


"Mereka yang telah mengkritik saya saat ketemu saudara Ismail sebelum ini telah gagal menghargai keinginan mendalam almarhum untuk sebuah Timur Tengah yang aman dan pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan.


"Saya berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin," tegas Anwar.


Almarhum Ismail Haniyeh merupakan sahabat rapat Anwar dan beliau beberapa kali bertemu sama ada dalam persidangan antarabangsa mahu pun kunjungan ketika Anwar bergelar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page