top of page

Pembunuhan Ismail Haniyeh cabul kedaulatan negara - Nurul Izzah



Oleh: Abdullah Zaid


Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran hari ini yang didakwa terkait Israel merupakan suatu aksi yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip kedaulatan sesebuah negara.


Penasihat Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Nurul Izzah Anwar berkata, pembunuhan ke atas pemimpin tertinggi Hamas itu juga boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau sekali gus masyarakat antarabangsa wajar mengecam keras jenayah tersebut.


"Ia adalah satu tragedi, bahawa tiada garis sempadan dalam konflik Palestin yang sedang berlaku, kehilangan nyawa, termasuk Ismail Haniyeh hanya akan mengekalkan kitaran keganasan dan penderitaan.


"Semua pihak yang terlibat (dalam konflik ini) perlu bertenang dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog serta diplomasi," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Izzah turut menggesa masyarakat antarabangsa menjadi mendesak dan mengusahakan gencatan senjata bagi membela nasib rakyat Palestin yang semakin terhimpit dalam konflik bersenjata.


Di samping itu, Izzah juga mengucapkan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh dan ribuan keluarga lain di Palestin yang dizalimi rejim Israel.


"Ucapan takziah kami tujukan kepada keluarga, rakan-rakan, dan seluruh rakyat Palestin. (Keluarga) Haniyeh, serta semua yang terjejas akibat konflik itu.


"Semoga legasi beliau memberi inspirasi kepada komitmen yang diperbaharui terhadap keamanan dan keadilan di rantau ini," ujarnya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page