top of page

Pembudayaan ilmu, pentarbiyahan: Usaha JAKIM perkukuh akidah umat Islam



Oleh: Akmal Manaf


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus memperkasakan usaha untuk memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam termasuk kepada ahli GISBH.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha berkenaan adalah seperti pembudayaan ilmu dan pentarbiyahan.


Selain itu katanya, pengukuhan akidah itu juga dilakukan menerusi program-program yang komprehensif dan berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.


"Di peringkat negeri, penyelarasan operasi Op Global turut melibatkan penguatkuasa agama negeri-negeri.


"Melalui operasi itu, terdapat banyak bahan bukti berkait akidah yang diperolehi.


"Di samping tindakan bersepadu, pelan tindakan pemulihan juga dilaksanakan kepada ahli GISBH.


"Usaha tersebut dilakukan secara kolaborasi bersama antaranya dengan JAKIM, kementerian dan agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri," katanya.


Mengenai langkah kerajaan untuk menghapuskan Tariqat Aurad Muhamadiyah, Dr Zulkifli berkata, kerajaan akan meneruskan operasi secara bersepadu.


Katanya, operasi itu adalah bersama agensi-agensi Persekutuan dan agensi negeri termasuk PDRM dalam siri Op Global dengan melibatkan perundangan yang berbeza.


Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sebagai menjawab pertanyaan Dr Ghani Ahmad (PN-Jerlun).


Dr Ghani bertanya apakah langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan kumpulan itu dan apakah program pemulihan yang dilakukan terhadap mereka yang berselindung atas nama kebajikan dan ekonomi GISBH.


Di samping itu Dr Zulkifli juga menerangkan setakat ini enam negeri telah pun mengeluarkan fatwa hukum berkenaan ajaran dan Aurat Muhammadiah yang diamalkan oleh GISBH yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page