top of page

Pembuangan e-sisa: Pastikan Malaysia tidak jadi tempat transit



Kerajaan MADANI memberi komitmen memastikan negara tidak lagi menjadi tempat pembuangan dan transit sisa elektronik (e-sisa) berjadual dari luar negara.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste 2024 sempena Hari E-Waste Antarabangsa, di Kuala Lumpur semalam.


Katanya, komitmen itu selaras Konvensyen Basel.


"Konvensyen terbabit menetapkan semua pergerakan bahan buangan terjadual yang merentasi sempadan perlu mendapat kelulusan sebelum aktiviti transit, penghantaran, import dan eksport dibuat," katanya dipetik.


Sementara itu beliau menasihatkan orang ramai untuk mengumpul dan melupuskan e-sisa secara lestari di pusat-pusat pengumpulan berdaftar bagi memelihara alam sekitar.


"Bagi memastikan pengurusan yang mesra alam, orang ramai boleh menghantar e-sisa ke 251 pusat pengumpulan e-sisa berdaftar serta 64 kemudahan pemerolehan kembali di seluruh negara.


"Selain itu, sebagai inisiatif lain dalam menghadapi cabaran berkaitan e-sisa ini, kerajaan akan terus komited melaksanakan program iaitu Hari Pengumpulan E-sisa yang akan diadakan setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan," katanya.


Karnival Jom E-sisa dianjurkan sempena Hari E-sisa Antarabangsa Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan e-sisa secara betul dan mempromosikan ekonomi kitaran bagi peralatan elektrik dan elektronik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page