top of page

Pembelian pesawat Boeing bukan percubaan memihak kepada Trump



Dakwaan pembangkang kononnya pembelian sejumlah besar pesawat Boeing oleh pihak Malaysia Aviation Group (MAG) adalah cubaan untuk memihak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump adalah mengarut.


Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim pembelian pesawat tersebut sebaliknya mengikut keperluan industri penerbangan Malaysia, selain negara ini memang telah biasa menggunakan pesawat buatan syarikat berkenaan sejak puluhan tahun lalu.


"Proses pembelian kapal terbang ini memakan masa selain perlu diselaras mengikut harga dan sebagainya. Cuma, baru-baru ini ia dipersetujui oleh semua pihak.


"Sebelum ini pun memang dasar dan pendekatan kita menggunakan pesawat Boeing ini. Jadi, apa masalahnya dan tidak timbul isu pembelian pesawat ini ada kepentingan tertentu termasuk untuk (Perdana Menteri) jumpa Presiden AS," katanya dipetik menjawab kenyataan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau sebelum ini.


Sementara itu, Kamil turut menafikan sekeras kerasnya dakwaan pembelian 30 pesawat buatan AS itu sebagai pertukaran bagi membolehkan PM Anwar bertemu Presiden Trump.


Katanya, tuduhan tersebut hanya untuk menimbulkan kontroversi politik dan tidak mempunyai sebarang asas.


"Ini tidak lebih daripada percubaan murahan oleh pemimpin pembangkang untuk mencipta kontroversi," katanya.


Sebelum ini, MAG mengumumkan rancangan untuk mendapatkan 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM LEAP-1B dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.


Pada 22 Mac lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembelian pesawat baharu Boeing oleh MAG adalah pelaburan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page