top of page

Pembangunan utamakan keadilan sosial, kukuhkan daya saing negara - PM



Oleh: Akmal Manaf


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, pembangunan negara perlu bergerak ke hadapan dengan mengambil kira penyelesaian terbaik bertujuan memastikan kesejahteraan hidup rakyat melalui keadilan sosial.


Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penyasaran subsidi diesel yang diperkenalkan pada Mei lalu untuk menyeimbangkan polisi ekonomi mapan dan keperluan rakyat bawahan.


Untuk itu, katanya, penjimatan daripada penyasaran subsidi itu sudah disalurkan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain dan pemberian tunai.


''Pembangunan (negara) mesti pandang ke depan dan penyelesaiannya kita mesti berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, menangani ketidaksamaan dan memupuk pemikiran tanggungjawab bersama serta inovasi.


''Kami telah melakukan perkara itu dan akan terus melakukannya. Pada masa sama, kami melangkah dengan berani dalam perjalanan melakukan reformasi struktural.


''Kerajaan akan terus berani dalam melaksanakan pembaharuan struktur bertujuan memastikan kemajuan negara tercapai dan ketidaksamaan dapat dikurangkan,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sebelum pelancaran Forum Megatrend Khazanah 2024, yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.


Majis tersebut turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya juga telah mengambil langkah tidak popular seperti penyelarasan subsidi yang dilihat dapat menjimatkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.


Katanya, penyelarasan subsidi berkenaan adalah selaras dengan komitmen kerajaan ke arah tadbir urus, keadilan sosial dan tanggungjawab.


''Ia seterusnya dapat memastikan manfaat pertumbuhan negara diagihkan secara secara adil dan saksama serta setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk maju.


''Adakah dengan mengambil tindakan ini (penyelarasan subsidi) termasuk melaksanakan pelarasan tarif elektrik dan mengapungkan harga beberapa barangan, adalah untuk menyeksa dan menyebabkan penderitaan kepada rakyat?


"Sudah tentu tidak.. malahan majoriti rakyat akan terus menikmati subsidi yang mereka layak terima.. golongan kaya dan industri besar mesti membayar apa yang sepatutnya mereka bayar," katanya.


Menurut beliau lagi, kunci kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan adalah produktiviti dan dana awam perlu dibelanjakan terutamanya kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page