top of page

Pembangunan semula Kg Baru pastikan kawasan Melayu tidak ketinggalan



Oleh: Akmal Manaf


Peruntukan sebanyak RM6 juta bagi pembangunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur merupakan peruntukan untuk projek sambungan bagi tahun 2025 dan bukannya mewakili keseluruhan pembangunan kampung tersebut.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, peruntukan berkenaan merangkumi projek untuk membina dataran, kemudahan tempat letak kereta dan kemudahan lain di rizab kampung tersebut.


Katanya, projek itu dijangka siap pada Disember 2025.


Sedangkan usaha jangka panjang untuk pembangunan penuh Kampung Baru sedang dilaksanakan.


''Pembangunan penuh sedang dilaksanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040 (PIKB 2040) yang menyasarkan pembangunan secara berfasa sehingga tahun 2040.


''Berkenaan dengan model pembangunan di kampung itu pula, Perbadanan Kampung Baru mengguna pakai kaedah pembaharuan semula bandar.


''Kaedah tersebut adalah bagi memastikan pembangunan Kampung Baru bergerak seiring dengan pembangunan bandar-bandar lain,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang menjawab pertanyaan daripada beberapa ahli parlimen tentang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.


Mereka adalah Azli Yusof (PH-Shah Alam); Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) dan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai).


Secara umumnya, iltizam Kerajaan Madani supaya Kampung Baru tidak akan dibiarkan tercicir daripada arus pembangunan pesat kosmopolitan Kuala Lumpur di samping hak hak penduduk Melayu terus terbela dan terpelihara.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page