
Pembangunan ekonomi masyarakat India merupakan perkara yang paling penting bagi memperbaiki taraf hidup kaum itu terutamanya di luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Senator Saraswathy Kandasami berkata demikian dalam Majlis Penutup Pesta Kebudayaan Tamil 2023 di Seremban, Terminal One Shopping, Negeri Sembilan, semalam.
Katanya, lantikan beliau di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu mempunyai misi untuk membantu pembangunan ekonomi masyarakat India.
"Pendidikan dan pembangunan ekonomi adalah keperluan paling penting bagi masyarakat India," katanya.

Beliau juga ingin mengetahui peluang yang ada kepada kaum India dalam organisasi yang disertai kaum tersebut bagi membantu mereka secara sewajarnya.
Pada majlis penutup itu Saraswathy dijemput memberikan hadiah kepada pemenang pertandingan ratu cantik wanita dan pertandingan reka bentuk pakaian untuk lelaki. Pelbagai acara kebudayaan Tamil turut dipersembahkan dalam majlis tersebut.
Pesta Kebudayaan Tamil 2023 dianjurkan oleh Alumni Kelab Bell Belia Tamil Malaysia.
Comments