top of page

Pembangkang tidak perlu teruskan usaha tukar kerajaan di pertengahan penggal




Usaha berterusan pembangkang menggugat Kerajaan Perpaduan, terbaharu menggunakan isu titah adendum ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak ditempelak KEADILAN Sarawak.


Pemimpin KEADILAN Sarawak, Senator Abun Sui Anyit berkata, sebaliknya pembangkang dan anasir tententu yang menyokong mereka seharusnya mendengarkan nasihat tokoh utama dari Sarawak yang terlibat dalam mengasaskan Kerajaan Perpaduan.


Katanya, nasihat dari Premier Sarawak, Tan Sri Johari Tun Abang Hj Openg agar kerajaan tidak sekali lagi ditukar pada pertengahan penggal wajar diinsafi dan dituruti.


"Saya menyambut baik pendirian dan nasihat yang diberikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Johari Tun Abang Hj Openg kepada semua pihak agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan tempoh 5 tahun untuk memerintah.


"Saya juga selari dengan nasihat tersebut agar tidak perlu menukar kerajaan sebelum pilihan raya umum ke 16.


"Kalau tidak berpuas hati terhadap kerajaan, PRU-16 adalah medan untuk tunjukkan kepuasan itu. Bukan menukar kerajaan di pertengahan penggal," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Abun yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang mengucapkan terima kasih di atas jaminan oleh Premier Sarawak tersebut.


Katanya, pendirian Blok Borneo perlu diutamakan dalam sebarang percaturan politik di Semenanjung.


"Dengan pendirian ini, kestabilan Kerajaan Madani akan terus dinikmati dan saya harap semua pihak menumpukan tugas membela rakyat bersama Perdana Menteri untuk Malaysia terus melangkah maju dan makmur," katanya lagi.


Sebelum ini, Primier Tan Sri Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata kerajaan tidak perlu ditukar pada separuh penggal bagi mengelakkan negara sekali lagi berada dalam ketidak tentuan politik dan kehilangan keyakinan pelabur asing.


"Mengapa (adakah) perlu menggantikannya (Anwar) sedangkan tempohnya belum tamat lagi?


"Jika orang tidak berpuas hati dengan kita (Kerajaan Perpaduan), maka (mereka harus) menunggu pilihan raya umum akan datang.


"Tetapi pada masa ini (pertengahan penggal) dan jangan (tukar)," kata Johari dipetik.


Spekulasi kerajaan bertukar sekali lagi ditiupkan laskar siber pembangkang menjelang perhimpunan solidariti terhadap Najib hari ini.


Kononnya pertukaran kerajaan kali ini dibuat secara 'pintu belakang' sama seperti Langkah Sheraton pada 2020 lalu.


Bagaimanapun tanpa sokongan Blok Borneo yang merupakan 1/3 daripada bilangan Ahli Parlimen, percubaan tersebut pasti akan gagal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page