top of page

Pembangkang tidak faham istilah miskin tegar, miskin mutlak - Rafizi



Pembangkang tidak memahami dengan baik istilah miskin tegar dan miskin mutlak sebelum berbahas di parlimen atau menghentam kerajaan di media sosial.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pembangkang dan laskar siber mereka menyamakan kedua dua istilah kemudian mendakwa Kerajaan Madani menipu apabila berkata telah berjaya mengurangkan insiden miskin tegar sejak mengambil alih kuasa pada November 2023.


Kata Ahli Parlimen Pandan itu, terdapat kaedah ukuran berlainan digunakan di peringkat antarabangsa dalam membezakan kedua dua tahap kemiskinan berkenaan.


"Kita kena beza di antara takrifan miskin tegar dan miskin mutlak. Sebab itu dia kena ada piawaian dunia membezakan kemiskinan di negara berbeza


"Takrifan miskin tegar ialah satu paras garis kemiskinan yang merujuk pendapatan isi rumah yang diperlukan setiap bulan membolehkan isi rumah itu mendapat makanan mencukupi.


"Maksudnya kalau miskin tegar, ada masalah nak makan. Makanan tak cukup. Sebab itu Anwar dari awal berpandangan kita tak boleh membiarkan ada keluarga di negara kita menghadapi masalah menyediakan makanan mencukupi


"Sebab itu miskin tegar perlu dihapuskan. Bila kita tengok kepada ukuran pendapatan purata isi rumah mendapatkan makanan, paras miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 sebulan," katanya dalam satu siaran media.


Kata Rafizi, kerajaan telah menumpukan untuk membantu golongan miskin tegar berkenaan melalui bantuan Jabatan Kebajikan, institusi zakat dan pelbagai bantuan lain untuk memastikan tiada keluarga yang berpendapatan RM1,198 sukar untuk mendapatkan makanan yang mencukupi mengikut kalori diperlukan.


Jadi, katanya, amatlah salah apabila ada pihak mengatakan 'nokhtahkan miskin tegar' maka tidak ada lagi orang miskin.


"Satu lagi miskin mutlak. Iaitu pendapatan isi rumah untuk memastikan keluarga itu dapat penuhi keperluan makanan dan perbelanjaan lain seperti kediaman, api, air, pakaian dan sebagainya. Garis paras miskin mutlak lebih tinggi iaitu RM2,589 secara purata setiap bulan.


"Yang kita usahakan membasmi miskin tegar terlebih dahulu. Sebab itu kerajaan menengok kaedah terbaik salurkan bantuan, kita beralih untuk memastikan ukuran itu mengambil kira perbelanjaan yang diperlukan oleh sesebuah keluarga mendapatkan perbelanjaan yang wajar mengikut kos sara hidup di daerah yang mereka diami


"Konsep ini saya sebut 'pendapatan boleh belanja' mengambil kira satu ukuran baru iaitu perbelanjaan asas kehidupan yang wajar," katanya lagi.


Rafizi berkata, untuk mendapatkan golongan miskin mutlak ini maka pendapatan isi rumah ditolak perbelanjaan asas untuk menjalani kehidupan wajar di kawasan mereka. Hal itulah, katanya, yang sekarang ini dibangunkan melalui sistem PADU bagi menghulurkan bantuan.


Oleh tu, kata Rafizi, pada masa ini kerajaan mengutamakan untuk menghapus miskin tegar terlebih dahulu agar tiada lagi keluarga di Malaysia mempunyai masalah mendapat makanan berkhasiat setiap hari.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page