top of page

Pembangkang PN hanya beretorik: SG4 gagal bela ekonomi, politik Melayu



Oleh: Akmal Manaf


Pembangkang Perikatan Nasional (PN) yang hidup di atas retorik membela Melayu dan agama Islam selepas dua tahun mentadbir empat negeri di Semenanjung ternyata tidak mampu mengotakan janji untuk memartabatkan kedudukan kaum Melayu.


Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, blok pembangkang yang digabungkan melalui kesatuan pentadbiran 'State Government 4' (SG4) dilihat tidak berdaya menarik pelaburan ke Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Malah, katanya, di peringkat nasional tiada sebarang langkah besar dilakukan PN dalam membela Melayu secara keseluruhan.


''Tiada sebarang pelaburan yang dibawa masuk untuk memajukan penduduk yang majoritinya Melayu di empat negeri ini.


''PN mempunyai 68 Ahli Parlimen (peringkat nasional) namun tiada suara konstruktif. Isu dasar sosioekonomi Melayu tidak diangkat di Parlimen, kalau ada pun, sekadar mengkritik tanpa fakta kukuh,'' tempelak beliau menerusi satu kenyataan.


Sebaliknya mantan ADUN Permatang Pasir itu memuji tindakan Kerajaan MADANI yang berjaya mencari jalan penyelesaian berkaitan isu harga padi dan beras.


''Lihat sahaja isu harga padi dan beras, Kerajaan MADANI yang mencari solusi termasuk menaikkan harga, sedangkan tiada apa-apa cadangan penyelesaian, apatah lagi tiada tindakan dibuat sepanjang PN menjadi kerajaan.


''Belanjawan negeri 2025 yang dibentangkan oleh PN di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis pula tiada langsung 'x-factor' bagi menyelesaikan pelbagai masalah asas SG4.


''Tatkala PN terus bermain isu sentimen, Kerajaan MADANI terus bergerak pantas memartabatkan sosioekonomi Melayu tanpa meminggirkan pembangunan rakyat Malaysia bukan Bumiputera,'' katanya lagi.


Menjelaskan lebih terperinci, Faiz memberi contoh Kerajaan MADANI telah mengurangkan kadar keluarga miskin tegar hampir 98 peratus antara Disember 2023 hingga November 2024.


Penerima manfaat terbesar katanya adalah kaum Bumiputera-Melayu.


Manakala dalam 9 bulan pertama 2024 ujarnya, kerajaan MADANI telah membawa masuk RM254.7 bilion pelaburan diluluskan, termasuk RM34 bilion ke Kedah.


"Dianggarkan sebanyak 159,347 pekerjaan baharu akan diwujudkan menerusi pelaburan RM254.7 bilion ini.


"Penerima manfaat terbesar sudah tentunya adalah kaum Bumiputera-Melayu kerana kita adalah golongan rakyat terbesar.


"Kerajaan MADANI juga berusaha membina lebih banyak usahawan dan kontraktor Bumiputera yang berjaya.


"Contohnya, Belanjawan 2025 telah memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1 hingga G4 khususnya Bumiputera,'' ujarnya lagi.


Selain itu katanya, Belanjawan 2025 juga memperuntukkan RM800 juta menerusi MARA dan PUNB untuk membiayai perniagaan usahawan Bumiputera.


Beliau menyifatkan, perkara itu hanya sebilangan kecil contoh inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sosioekonomi kaum Bumiputera-Melayu supaya tidak terus bergantung kepada subsidi dan projek kerajaan semata-mata.


Tindakan Kerajaan MADANI melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PuTERA35 juga merupakan bukti terbaik hasrat kerajaan memantapkan pemilikan kekayaan Bumiputera di Malaysia.


Katanya sudah pasti orang Melayu menjadi penerima manfaat terbesar.


''Kerajaan MADANI tidaklah sempurna, namun sedang berusaha memulihkan ekonomi dan pentadbiran negara.


''Hasilnya, ekonomi Malaysia telah berkembang melebihi jangkaan pakar untuk empat suku tahun berturut-turut!


''Malah, pada tahun 2024, Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan pelaburan terbaik dalam 12 tahun!,'' puji beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page