top of page

Pembangkang perguna Qunut Nazilah, Mufti perlu beri penjelasan - BiPPA



Oleh: Abdullah Zaid


Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN menggesa pihak Mufti memberikan pencerahan sewajarnya ekoran tindakan pembangkang semalam menggunakan bacaan doa Qunut Nazilah susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang selama enam bulan, semalam.


Pengarahnya Amidi Abdul Manan berkata, bacaan Qunut Nazilah lazimnya hanya dibaca oleh umat Islam bagi mendoakan musuh agama atau dalam situasi perang.


"Menyamakan persaingan politik antara parti dengan perseteruan Rasulullah s.a.w dan umat Islam dengan musyrikin Mekah adalah jelas suatu sikap yang berasal dari ketaksuban sempit (asabiah) kepartian. Bukan dari ajaran Islam.


"Agama Islam seharusnya menjadi landasan dalam berpolitik. Bukan sahaja dari sudut akidah dan syariah tetapi juga akhlak mahmudah yang perlu diamalkan. Jangan menjadikan agama Islam sebagai tunggangan bagi meraih sokongan politik semata-mata.


"Justeru, Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama, KEADILAN menggesa pihak berwajib khususnya Mufti memberikan pencerahan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.


Bahkan, kata Amidi tindakan itu jika dibiarkan dibimbangi boleh mencetus perbalahan, khususnya hubungan sesama masyarakat Islam.


"Ia jelas mencemari semangat ukhuwah Islamiah yang menjadi kewajipan seorang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat menjaganya berhabis-habisan. Jangan sampai perbezaan pendirian politik memutuskan tali persaudaraan Islam sesama kita.


"Inilah sikap ghuluw yang berkemungkinan menjurus kepada fikrah Khawarij. Ia lahir apabila kita tertipu dengan status pejuang Islam seperti yang pernah ditegur oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam kitab Ghurur," katanya.


Semalam, wakil Ahli Parlimen Pas Zulkifli Ismail, memimpin bacaan Qunut Nazilah sejurus selepas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul meluluskan pergantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan ekoran tindakannya mengaibkan seorang penjawat awam menerusi surat layang.


Tanpa menyelidik kesahihan maklumat tersebut, bacaan doa Qunut Nazilah itu turut diiringi sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page