Tindakan pembangkang yang terus menerus memainkan isu perkauman di seluruh negara tidak seharusnya diterima rakyat.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew, pembangkang amat maklum mereka tidak akan mampu menjatuhkan kerajaan secara berperlembagaan tetapi mereka sedang cuba melemahkan ekonomi negara melalui perpecahan dengan memainkan isu perkauman.
"Inilah yang dibawa pembangkang hari ini yang memainkan sentimen perkauman dengan teruk. Mereka cuba memecah belahkan rakyat dengan fitnah yang mampu menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.
"Mereka tahu mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan kerana kita mendapat sokongan dari semua pihak, maka mereka mencipta propaganda bagi menimbulkan ketegangan dan kesannya pelancong tidak berani datang dan pelabur tidak yakin kestabilan negara kita
"Sebab itu kita berterima kasih dengan rakan rakan Kerajaan Perpaduan. Ekonomi Malaysia antara paling kukuh di rantau ini, dari segi pelancongan setiap tahun pelancong meningkat," katanya dalam ucapan di Himpunan Perdana Rakyat Sabah hari ini.
Selain itu, Christina turut berikrar akan terus memastikan Kerajaan Perpaduan di Sabah kukuh dan terus membangunkan ekonomi dengan baik.
"Perselisihan faham sesama sendiri perkara biasa. Namun jika negeri Sabah atau negara Malaysia digugat pihak luar kita mampu bersatu pertahankan tanah air kita. Inilah yang dikatakan sebagai sebuah negara bangsa
"Seperti mana kita membentuk negara dari tiga entiti yang berbeza, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak sebagaimana rakyat Malaysia menumpahkan taat setia kepada raja dan negara, begitu jugalah kami di KEADILAN taat setia kepada parti dan presiden
"Walaupun kita perlu menunggu 20 tahun untuk menang dan 23 tahun untuk melihat presiden kita Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagi PM Malaysia," katanya lagi.
Комментарии