top of page

Pembangkang jangan takutkan rakyat subsidi bersasar naikkan harga barang



Oleh: Abdullah Zaid


Pembangkang tidak perlu menakut nakutkan rakyat kononnya harga barang mengalami peningkatan berterusan berikutan penarikan subsidi diesel secara pukal dan diganti polisi subsidi bersasar.


Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kenaikan harga, sama ada keadaan ekonomi global atau sikap peniaga yang mahu lebih keuntungan.


Namun katanya, kerajaan tidak membenarkan kenaikan berdasarkan ketamakkan peniaga kerana semua pengangkutan yang membawa barang dari ladang, kilang ke pasar saya atau kedai runcit telah mendapat subsidi diesel sama ada secara fleet card atau sebagainya.


"Isu ini (subsidi diesel) diambil kesempatan oleh pembangkang, mereka rasa mudah untuk melihatkan (menggambarkan) kenaikan diesel (tanpa subsidi pukal) menggugat keseluruhan proses (pengangkutan barang). Itu adalah tidak tepat," katanya kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu, Aishah turut menasihati rakyat untuk tidak takut mendaftar mendapatkan subsidi sekiranya terlibat dengan peniagaan atau kenderaan yang menggunakan diesel.


Beliau berkata, dakyah tidak betul bahawa kerajaan mungkin menyiasat pendapatan mereka sekiranya mendaftar tidak perlu dihiraukan.


"Kadang-kala rakyat di bawah ini takut untuk mendaftar bantuan-bantuan yang ditawarkan kerajaan dengan pelbagai alasan, sedangkan ramai yang telah mencuba (mendaftar) dan mendapat hasil dari kepedulian kerajaan itu.


"Contohnya Budi Madani dan Budi Agro Komoditi, proses mendaftar mengambil masa kurang dari 10 minit. Namun menjadikan rakyat lebih memahami proses dan kepedulian kerajaan, berbanding hanya mendengar alasan lemah pihak yang cuba memprovokasi mereka," katanya.


Beliau berkata demikian mengulas pandangan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin yang menyifatkan penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya mengakibatkan kenaikan harga barang.


Katanya, perkara itu disebabkan pengusaha sektor logistik kekal mendapat subsidi dan membeli diesel pada harga RM2.15 seliter berbanding harga pasaran melebihi RM3.30 seliter.


Mengulas lanjut, Aishah berkata, keputusan melaksanakan penyasaran subsidi merupakan langkah tepat dalam menyelamatkan ekonomi negara untuk jangka masa yang panjang.


"Kerajaan mengambil keputusan berani dalam hal ini tetapi tidak meninggalkan rakyat tanpa bantuan yang boleh membantu mereka mengikut kadar semasa kewangan kerajaan," katanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak meghapuskan subsidi, sebaliknya apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.


Kata beliau, tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memfokuskan penjimatan dipulangkan kepada rakyat terbanyak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page