top of page

Pembangkang jangan perkuda isu perayaan agama kibar bendera China



Oleh: Akmal Manaf


Pembangkang seharusnya membawa kritikan membina di media sosial, sesuai dengan peranan semak imbang, bukannya mengelirukan rakyat dalam isu remeh temeh.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, sikap pembangkang yang 'memperkudakan' isu berkaitan kibaran bendera China ketika Sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong Teluk Intan, 24 Oktober lalu amat menggusarkan.


Katanya, pembangkang tidak perlu mengelirukan rakyat terutama apabila melibatkan warganegara China mengibarkan bendera negara mereka atau warga Vietnam melakukan hal tersebut dalam sambutan keagamaan itu.


"Tetapi inilah sikap pembangkang kerana dia rasa semua benda boleh dikudakan, semua benda boleh dijadikan bahan politik.


"Kalau kita lihat kepada senario masyarakat di bawah, mereka boleh memahami apa yang berlaku dan mereka mengetahui bahawa sikap kerajaan itu sentiasa bersetuju adanya kesilapan dan perlunya penambahbaikan.


"Sebab itu dalam konteks ini, saya lebih suka menyatakan bahawa ini adalah isu yang diperkudakan oleh pembangkang yang menunjukkan sikap jumud, tidak relevan dan tidak profesional, yang mana mereka tahu bahawa mereka tidak boleh menggunakan isu lain sebagai bahan politik.


"Mereka merasakan isu bangsa dan perkauman merupakan benda mudah dalam politik mereka," bidas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu bendera China yang dimainkan pembangkang itu.


Mengulas lanjut, Siti Aishah menyifatkan insiden di Teluk Intan itu sebagai sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku.


"Kita kena akui bahawa perkara seperti itu memerlukan sikap sensitiviti mana-mana bangsa dan kaum bagi menjernihkan keharmonian dalam negara.


"Kita juga bersetuju bahawa perlu ada tatakelola atau garis panduan yang baik yang diberikan kepada mana-mana persatuan yang hendak menganjurkan apa-apa perayaan berbentuk keagamaan supaya keharmonian negara selari dengan pendekatan Malaysia MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.


Sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong Teluk Intan baru baru ini mengundang peserta dari beberapa negara Asia.


Selain peserta dari China netizen juga menularkan warga negara Asia lain juga turut mengibar bendera negara masing masing namun tidak pula dijadikan bahan politik oleh pemimpin PN kerana bendera negara Asia Tinggara tidak mungkin menimbulkan isu sensitif.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page