top of page

'Pembangkang gugat kerajaan, jika tunggu habis penggal Anwar PM terbaik Malaysia'



Percubaan berterusan pembangkang PN untuk menjatuhkan kerajaan hari ini adalah kerana mereka sedar sekiranya diberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir sehingga habis penggal maka beliau akan menjadi Perdana Menteri terbaik di Malaysia.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang KEADILAN Gombak, Selangor semalam.


Menurut Ketua Cabang Gombak itu, serangan PN ke atas Anwar amatlah luar biasa dan dilakukan dalam segenap cara dengan harapan hayat Kerajaan Perpaduan tidak akan bertahan lama.


"Serangan yang dibuat oleh musuh politik ini luar biasa


"Musuh tahu kalau mereka tidak gugat sekarang, tunggu habis penggal maka KEADILAN akan menjadi sebuah parti yang jauh lebih berjaya. Anwar akan menjadi PM paling berjaya di Malaysia.


"Sejak awal mereka nak jatuhkan kerajaan. Mereka tidak benar kita buat kerja. Sebab itu saya sebut dalam ucapan di parlimen, 'mereka tolak (bersama PH), dalam masa sama dia yang koyak'.


"Ini yang menjadi masalah kepada PN. Dok ratib negara ini musnah, sedangkan pada hakikatnya tahun ke tahun, masa ke semasa saya lihat pelaburan ekonomi, kedudukan ringgit, harga barang ... kerajaan kita punya pencapaian (tidak sampai dua tahun) jauh lebih baik daripada kerajaan PN," katanya.


Oleh itu beliau berharap anggota KEADILAN teruskan membakar semangat reformasi biar pun setelah menjadi kerajaan pusat.


Katanya, KEADILAN yang menjeritkan reformasi sejak dua dekad lalu dan hari ini anggotanya perlu melakukan gerak kerja tersebut dalam kalangan rakyat selepas berpeluang membentuk kerajaan.


"Alhamdulillah reform sejak 26 tahun lepas yang dibawa Datuk Seri Anwar, kita alami jatuh bangun, pengkhianatan, ada teman menghilang, dibawa lari.


"Kemuncak kejayan kita bukan sahaja menobatkan Anwar selaku PM. Bukan hanya menang bentuk kerajaan tetapi kemenangan hakiki adalah melaksanakan perubahan dan berjaya bawa kebaikan kepada rakyat


"Parti ini lahir dari semangat yang betul, ahli yang setia, yang cekal berjuang. Insya Allah saya yakin parti ini yang terbaik untuk sekarang dan Malaysia pada masa hadapan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page