top of page

Pembangkang belum respon draf MoU peruntukan Ahli Parlimen



Komitmen pembangkang untuk menyelesaikan isu peruntukan untuk Ahli Parlimen dipersoalkan.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, pembangkang masih tidak memberi sebarang maklum balas berkaitan draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan tersebut walaupun ia telah diserahkan kepada mereka.


"Tanya pembangkang, yang itu (kerajaan) belum dapat lagi, belum dapat respon daripada mereka, jadi tanya pembangkang," katanya dipetik.


Fadillah ditemui selepas hadir di Majlis TVET Competent ST-Energy Transition Catalyst, di Putrajaya pada Isnin.


Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini mengesahkan sudah mendapat draf MoU itu.


Draf MoU itu jelasnya akan diajukan kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin serta beberapa pimpinan lain untuk membuat keputusan.


Pembangkang sebelum ini sering menggunakan isu peruntukan kepada mereka sebagai modal politik bagi mengambarkan seolah-olah kerajaan menindas pembangkang.


Modal itu turut digunakan Presiden Pas dalam satu hantaran Facebooknya minggu lalu bagi mewajarkan gelaran 'dajjal' kepada kerajaan.


"Kerajaan menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan. Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang.


"Maka, terbukti mereka lebih daripada dajjal yang tidak memungut cukai," dakwa bekas duta khas bertaraf menteri itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.


Ia memandangkan syarat ditetapkan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam rundingan dan amalan demokrasi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page