top of page

Pembalakan di Tasik Kenyir: Elak membalak berhampiran kawasan pelancongan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17, 2022
  • 1 min read


Pembalakan tidak wajar dilakukan pada ketika dunia mengalami perubahan iklim yang ekstrem kebelakangan ini.


Terutama di kawasan yang sensitif seperti empangan Tasik Kenyir, Terengganu yang pernah tular di media sosial sebelum ini gambar puing puing balak di permukaan tasik berkenaan selepas hujan lebat.


Sehubungan itu, Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman amat menyokong tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menangguhkan aktiviti pembalakan di kawasan empangan berkenaan, berhampiran Air Terjun Lasir.


"KEADILAN Kemaman menggesa Kerajaan Negeri Terengganu menangguhkan dahulu semua aktiviti pembalakan di seluruh Negeri Terengganu.


"Kerajaan Negeri juga digesa mengeluarkan semua maklumat terperinci mengenai semua aktiviti pembalakan di negeri ini. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam operasi pembalakan di Terengganu.


"Gesaan ini dibuat kerana salah satu daya tarikan pelancongan di Tasik Kenyir telah terjejas akibat aktiviti pembalakan yang berlaku," kata KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, sewajarnya kawasan pelancongan seperti Tasik Kenyir tidak dilakukan aktiviti pembalakan dan flora serta fauna di kawasan itu dikekalkan untuk tarikan pelancongan.


"Sebarang aktiviti pembalakan tidak boleh merosakkan alam sekitar lebih-lebih lagi kawasan pelancongan yang menjadi daya tarikan dan ikon bagi Terengganu.


"Kerajaan Negeri mesti mendahulukan pemuliharaan alam sekitar dan warisan Terengganu berbanding keuntungan hasil hutan semata mata," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page