top of page

Pemantauan Dr Samsuri: ‘Bukan dipantau, tapi dikawal selamat’ - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa beliau berada di bawah pemantauan rapi pihak berkuasa.


Merujuk dakwaan Samsuri bahawa segala pergerakan, pertemuan serta perbualannya dipantau dan dilaporkan kepada pihak tertentu, Saifuddin menegaskan isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit.


"Sebagai menteri besar, beliau memang sentiasa ditemani pegawai polis atas faktor keselamatan.


"Kehadiran pegawai polis yang mengiringi Ahmad Samsuri adalah prosedur keselamatan biasa bagi seorang ketua kerajaan negeri, dan tidak wajar ditafsirkan sebagai pemantauan khusus.


"Tidak timbul isu pengintipan kerana pegawai itu sudah pun berada bersamanya," katanya dipetik.


Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa terdapat anasir operatif yang memantau pergerakkannya.


Kehadiran mereka dakwanya sangat ketara, selain mudah dikenal pasti berdasarkan pemilihan kenderaan yang digunakan, kereta statik, cara komunikasi, pejalan kaki (spotter) dan sebagainya.


Selain itu menurut Samsuri, beliau turut dikenakan perintah kawalan perjalanan khas atau Travel Control Order (TCO) dan perlu mendapatkan kebenaran sebelum dibenarkan keluar dari pintu sempadan.


Bagaimanapun Saifuddin ketika mengulas dakwaan itu memberitahu, beliau sendiri pernah tersenarai dalam sistem pemantauan pihak berkuasa antara tahun 2000 hingga 2004.


"Saya anggap ia sebahagian daripada tugas pihak berkuasa dan saya beri kerjasama penuh. Selepas satu tempoh, nama saya dikeluarkan daripada senarai," katanya.


Sementara itu sebagai mengulas dakwaan Ahmad Samsuri bahawa telefon bimbitnya dipantau, Saifuddin menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page