top of page

Pemansuhan hutang PTPTN boleh dilakukan pada 2013, tanggungan RM20 bilion



Oleh: Akmal Manaf


Penghapusan hutang Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang pernah menjadi manifesto Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu boleh dan rasional dilakukan pada waktu berkenaan.


Hal itu menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar, boleh dilaksanakan kerana tanggungan PTPTN hanya sekitar RM20 bilion.


Bagaimanapun katanya, janji itu 'luput tarikh' khususnya selepas tahun 2018 apabila jumlah tanggungan mencecah lebih RM40 bilion dan terkini mencecah RM66.87 bilion.


"Ini diterangkan sendiri oleh Rafizi Ramli (kini Menteri Ekonomi) dalam kempen PRU15 bahawa Kerajaan Persekutuan berupaya menghapuskan hutang PTPTN sebelum tahun 2013, melalui kaedah ‘refinance’ tetapi tidak selepas lewat daripada beberapa tahun selepas itu kerana hutang PTPTN telah naik secara mendadak.


"Ini juga menjadi sebab mengapa hasrat melaksanakan pendidikan percuma tidak lagi dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 dan PRU15," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Dalam kenyataan sama, Haziq berkata, kerajaan pada waktu ini terpaksa membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) sebanyak RM39.74 bilion walaupun selepas penyelesaian aset (asset recovery).


"Inilah yang dibelanjakan dalam kedua-dua perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam belanjawan tahunan.


"Alangkah baik jika perbelanjaan puluhan bilion ringgit yang terpaksa digunakan untuk membayar hutang 1MDB itu, digunakan untuk tujuan meringankan beban pendidikan anak-anak muda dengan memperluas skop pengecualian pembayaran meskipun kini sudah terlambat untuk menghapuskan PTPTN.


"Apa pun, apa boleh buat...layan je lah," katanya secara sinis.


Semalam Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata sejak zaman Barisan Nasional (BN) memerintah lagi kerajaan telah memaklumkan bahawa hutang pinjaman berkenaan tidak boleh dimansuhkan.


Namun katanya, ramai yang tidak percaya malah mengutuk kerajaan pada waktu itu.


Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa dilapor berkata, pemansuhan hutang PTPTN sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.


Ahli Parlimen Sepanggar itu menjelaskan, pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.


Malah menurutnya, isu pemansuhan PTPTN sudah lama dan semua parti politik pernah meletakkannya dalam manifesto parti masing-masing.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page