Pemandu teksi mungkin golongan yang paling terkesan menghadapi kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid 19.
Menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, S Gopalakrishnan, sebelum ini pemandu teksi telah kekurangan pendapatan apabila disaingi perkhidmatan Grab, kini pelanggan semakin berkurangan kerana kekurangan pergerakan orang ramai akibat pandemik.
"Baru-baru ini saya melawat Perhentian Teksi Desa Cemerlang. Pemandu-pemandu teksi meluahkan permasalan mereka kepada saya.
"Seorang pemandu Teksi yang bernama Kannan menceritakan nasib malangnya sejak pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang hanya dapat seorang pelanggan, iaitu pendapatan RM6.00 sahaja, duit minyak pun tidak mencukupi. Inilah nasib mereka.
"Saya pernah bersuara masalah mereka semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu," katanya.
Tambah Gopalakrishnan yang juga ADUN Tiram, beliau telah menyumbang sedikit sayur-sayuran dalam pertemuan tersebut dan akan cuba membangkitkan permasalah para pemandu tersebut ke pihak berkuasa.
Comments