top of page

Pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib mulai 5 Julai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30, 2023
  • 1 min read


Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan mulai 5 Julai depan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.


Melalui satu kenyataan, Dr Zaliha berkata pemakaian pelitup muka hanya “dikehendaki” atau “amat digalakkan” di hospital dan pengangkutan awam


Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka itu sebahagian daripada kelonggaran garis panduan berdasarkan perlanjutan pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan dan kemas kini protokol Covid-19.


Bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung, mereka “amat digalakkan” memakai pelitup muka berdasarkan penilaian kendiri.


"Ini terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik.


"Pelitup muka juga amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain; dan semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah," katanya dipetik.


Dalam kenyataan sama, Dr Zaliha turut mengingatkan individu yang posif Covid-19 dan berada di fasiliti kesihatan dikehendaki memakai pelitup muka.

Bagi yang disahkan Covid-19, mereka masih terikat kepada arahan pengasingan, tetapi tempohnya dipendekkan dari tujuh hari kepada lima hari dari onset gejala pertama.


"Ini adalah berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa infektiviti kes Covid-19 tinggi pada lima hari pertama dari onset gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut," tambahnya.


Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata status Kawasan Tempatan Jangkitan di Malaysia yang akan tamat esok, dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi hingga 31 Dis tahun ini.


Pelanjutan pengisytiharan itu jelasnya masih diperlukan memandangkan terdapat risiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di negara ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page