
Oleh: Hasbul Ahmad
Pelesenan platform media sosial (medsos) yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dianggap mampu mengekang aktiviti buli siber dan judi atas talian sejak dilaksanakan.
Naib Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) Shahbudin Embun berkata, buli siber sebelum ini dalam beberapa kes telah menyebabkan kesan emosi serta psikologi mendalam terhadap mangsa, manakala kesan buruk akibat ketagihan judi atas talian pula telah merosakkan institusi kekeluargaan.
"Mengikut statistik banyak daripada pengguna media sosial yang telah ditipu oleh scammer.
"..dan bukan itu sahaja, banyak daripada kes-kes buli siber berlaku sekarang ini," kata beliau.
Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan melaporkan, sebanyak 27 kes buli siber berlaku secara purata setiap hari sehingga 1 November 2024.
Angka itu berdasarkan keseluruhan sebanyak 8,339 kes laporan buli siber yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh tersebut.
Dalam pada itu, Shahbudin berharap melalui pelesenan media sosial yang dilaksanakan sekarang aktiviti judi dalam talian boleh dibendung sepenuhnya agar tidak merosakkan akhlak dan nilai kekeluargaan rakyat Malaysia.
"Ya, dengan banyak judi online, anak-anak muda kita akan rosak akhlaknya.
"Kerana penyebaran di dalam dunia siber ini begitu luas sekali, dan ini sepatutnya negara kita membuat sekatan dan mengikut SOP (syarat pengoperasian di) Malaysia," tambah beliau.
Untuk rekod, jenayah buli siber berada pada tahap membimbangkang dengan kes sebanyak 4,128 pada 2022 dan 3,737 pada 2023 sehingga kerajaan perlu melaksanakan perlesenan platfom media sosial mulai 1 Januari 2025 bagi membendung gejala tersebut.
Comments