top of page

Pelesenan media sosial bantu kawal, tangani aktiviti ‘scammer’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 8
  • 1 min read




Langkah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melesenkan platform media sosial adalah bagi mengekang aktiviti penipuan dalam talian seperti aktiviti kewangan tidak wujud.


Menurut pempengaruh Mustapa Mansur Amer Mohd Isa, setelah hampir tiga bulan dikuat kuasakan, perlesenan itu tidak langsung menjejaskan aktiviti melibatkan pembuatan kandungan kepada pengguna media sosial sebagaimana yang dibimbangi sejak tahun lalu.


Malah katanya, perlesenan itu memberi peluang terbaik kepada pihak kerajaan untuk mengawal aktiviti di atas talian dan mengekang aktiviti scammer.


"Dengan adanya perlesenan ini, secara langsung pihak kerajaan dapat mengawal aktiviti haram secara online," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur).


Terdahulu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, melaporkan sehingga September 2024, kerugian akibat jenayah komersial, termasuk penipuan dalam talian, telah mencecah RM1.78 bilion.


Hal ini bermakna para scammer berjaya mengaut lebih dari RM6 juta sehari, yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.


Jumlah yang begitu besar itu digambarkan secara perbandingan, hampir menyamai Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2024, iaitu RM1.79 bilion.


Aplikasi Telegram telah mencatatkan jumlah kes penipuan pelaburan paling tinggi dengan 1,455 kes, diikuti oleh Facebook dengan 1,035 kes, dan WhatsApp dengan 958 kes.


Justeru kata Mustapa, fenomena ini menunjukkan betapa seriusnya masalah jenayah siber di Malaysia, terutama melalui platform media sosial, yang kini menjadi alat utama bagi scammer untuk menipu mangsa.


"Pelaburan secara online (yang tidak sah) yang saya lihat sangat berbahaya kepada ekonomi rakyat dan juga kepada kemampuan rakyat kita.


"Banyak orang-orang pencen habiskan wang mereka tanpa sebab kepada scammer," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page