top of page

Pelbagai kontroversi landa PN mewajarkan Muhyiddin berundur?



Pelbagai kontroversi melanda Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini mungkin memerlukan pimpinan utama gabungan politik itu berundur.


Bagi Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Arshad Hassni, kontroversi terbaharu Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menyentuh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke 16 melantik Perdana Menteri ke 10 sehingga beliau didakwa di mahkamah telah 'meretakkan' hubungan Bersatu dan Pas usai Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri awal bulan ini.


Oleh itu, katanya, mungkin sudah tiba masanya Muhyiddin bersara daripada memimpin PN, jika pun tidak dalam politik.


"Pendakwaan terhadap Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin berhubung ucapan beliau yang menyentuh sensitiviti 3R di PRK Nenggiri memberi petanda jelas kepada keperluan perubahan dalam tampuk kepimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).


"Sebagai sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan hak dan kuasa orang Melayu, seorang pemimpin tertinggi Bersatu perlu lebih cermat dalam mengeluarkan kata-kata, khususnya yang melibatkan kewibaan Yang di-Pertuan Agong.


"Insiden seperti ini sudah tentunya boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Institusi Raja Negara dan mengguris hati masyarakat Melayu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Arshad lagi, Muhyiddin seolah olah telah tandus idea dan pendekatan politik kerana mengulang ulang isu perkauman sempit sejak Pilihan Raya Umum 2022 dan tidak memahami perkara yang perlu diperjuangkan di PRK Nenggiri sehingga menyebabkan calon Bersatu kalah teruk.


"Biarpun isu pelantikan Perdana Menteri ke-10 sudah berlalu hampir dua tahun, ucapan Pengerusi PN tersebut membuktikan ketandusan pihak pembangkang dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


"Hari demi hari, Perikatan Nasional semakin membuktikan kegagalan mereka memainkan peranan sebagai blok Pembangkang yang berkesan dan efektif yang boleh menyumbang kepada perbincangan dasar dan polisi yang lebih baik demi kebaikan rakyat.


"Justeru, pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional wajar bermuhasabah diri dan mengambil tindakan sewajarnya agar insiden seperti ini tidak berulang," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page