top of page

Pelbagai bantuan disalur: Februari bulan gembira buat rakyat



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Bulan Februari 2025 ini boleh dikatakan bulan gembira bagi sejumlah rakyat Malaysia kerana pelbagai bantuan akan disalurkan kepada golongan sasaran bagi meringankan kos sara hidup mereka.


Dari segi perayaan, di bulan Februari ini terdapat dua perayaan utama melibatkan kaum Cina dan India iaitu Tahun Baru Cina serta Thaipusam.


Meskipun kedua-dua perayaan adalah untuk kaum Cina dan India, tetapi sudah menjadi kebiasaan di negara kita perayaan sebegitu turut disambut oleh pelbagai kaum dengan mereka juga sama-sama meraikannya.


Di waktu yang sama, cuti panjang di kedua-dua perayaan tersebut membolehkan kebanyakan orang memanfaatkannya untuk balik kampung atau bercuti di tempat-tempat percutian pilihan masing-masing.


Selain itu, bermula 1 Februari perlaksanaan gaji minimum RM1,700 sebagaimana diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2025 lalu mula berkuatkuasa.


Pelaksanaan kadar baru gaji minima ini dijangka melibatkan sejumlah 4.37 juta pekerja.


Ertinya mulai Februari ini kaum pekerja akan menikmati gaji berjumlah RM1,700 sebulan berbanding jumlah yang lebih rendah yang mereka nikmati sebelum ini.


BAP ceriakan palajar


Bagi pelajar-pelajar sekolah, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 juga akan diterima pada bulan ini.

Noraini Nordin
Noraini Nordin

Semua pelajar sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6 yang jumlah keseluruhannya lebih 5.2 juta orang akan menerima bantuan tersebut.


Pasti semua murid yang menerima bantuan tersenyum gembira kerana Kerajaan Madani amat perihatin terhadap kebajikan mereka.


BAP ini bukan saja untuk membantu pelajar-pelajar sekolah membeli peralatan dan kemudahan pembelajaran, ia sekaligus juga dapat meringankan beban ibu bapa, terutama yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.


Pada bulan Februari 2025 juga adalah bulan bermulanya semakan bantuan tambahah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan.


Mereka yang layak kini boleh mula membuat semakan untuk mengetahui jumlah bantuan yang layak mereka terima.


Di samping itu, bantuan kewangan untuk penjawat awam dan pesara juga mula disalurkan pada bulan Februari ini.


Bantuan tersebut sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 bagi pesara. Kepada semua yang terbabit, bergembiralah dengan penuh kesyukuran atas nikmat yang diterima.


Terima kasih Kerajaan Madani dan PMX.

______________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page