top of page

Pelantikan Azman Pengerusi MPN WP suntik semangat baharu



Pelantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin (gambar, kiri) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan yang baharu mampu memberi suntikan semangat baharu kepada pemerkasaan parti pada jangka masa panjang.


Keyakinan itu disuarakan Naib Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai yang turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak itu sebagai pengerusi baharu.


"Tahniah Datuk Azman sebagai Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan," kata Andre Lai ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.


Mengulas lanjut, Andre Lai yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju berkata, dengan pengalaman Azman mengendalikan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) semasa ketiadaan menteri dalam tempoh setahun lalu telah menyerlahkan sisi kepimpinannya dalam menerajui hal-ehwal ibu kota, Putrajaya dan Labuan.


Beliau juga, kata Andre Lai terbabit aktif dalam membantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Setiausaha Politik dalam menguruskan koordinasi antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan JWP sebelum pelantikan menteri pada Disember 2023.


Terdahulu pelantikan Azman disahkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada Ahad.


Beliau menggantikan Rafizi Ramli yang telah meletak jawatan sebagai pengerusi di Wilayah Persekutuan dan Johor dalam rombakan pengerusi di beberapa negeri, antaranya Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah.


Perubahan pucuk pimpinan parti negeri juga melibatkan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad yang melepaskan kedudukan Pengerusi MPN di Kelantan dan Terengganu, juga Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari di Pahang serta Datuk Dr Sangkar Rasam Sabah.


"Kami mendoakan agar kepimpinan Datuk Azman kekal istiqamah meneruskan pemerkasaan parti di Wilayah Persekutuan agar lebih dihormati dan disegani, sekali gus memperkukuhkan posisi parti dalam Kerajaan Perpaduan," kata Andre Lai yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page