top of page

Pelanggan piza hina Islam di resit, pelaku mesti disiasat - Sim



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelanggan yang meninggalkan komen berbaur provokasi menghina agama Islam melalui resit pesanan di sebuah restoran piza baru-baru ini.


Menyifatkan tindakan itu tidak wajar, Tze Tzin berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan tegas berkenaan isu tersebut selain menegaskan provokasi itu tidak mewakili pandangan masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam.


"Saya terkejut apabila melihat kenyataan tidak sensitif yang ditulis pada resit piza yang dikongsi di media sosial.


"Saya mengutuk pelaku yang menulis kenyataan tidak sensitif ini. Pelaku mesti disiasat. Saya percaya ini hanya satu atau dua orang yang tidak sensitif. Ia tidak menggambarkan sebahagian besar rakyat Malaysia bukan Islam yang menghormati Islam dan semua agama lain.


"Kita rakyat Malaysia telah hidup bersama secara aman selama beratus tahun. Saya menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap kes ini," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Sim menegaskan dalam masyarakat Cina ajaran Konfusius amat menekankan nilai tatasusilaan serta keperibadian mulia.


"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang baik hati, untuk ambil pelajaran daripada ajaran Konfusius bahawa 'Apa yang anda tidak mahu lakukan kepada anda, jangan lakukan kepada orang lain'," ujarnya.


Kelmarin, tular di media sosial terkait resit pesanan seorang pelanggan yang tertera komen berbaur provokasi hina agama Islam di sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, Bayan Lepas.


Susulan itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan PDRM telah menerima laporan dan membuka siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.


Tegasnya, semua pihak dinasihatkan bertenang selain memberi ruang kepada polis bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan lanjut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page