top of page

Pelan transformasi Bumiputera tidak ketepi kaum lain - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) tidak sesekali mengetepikan kepentingan kaum lain di negara ini.


Perdana Menteri berkata pelan itu merupakan sebahagian daripada dasar afirmatif bagi memastikan ketidakadilan tidak berlaku dalam kalangan Bumiputera.


"Siapa kata dasar Bumiputera ini mengetepikan kepentingan suku-suku kaum lain, kalau ada suara-suara yang munasabah, tuntutan, kita boleh terima.


"(Ini) bahawa dasar Bumiputera di Malaysia ini adalah dasar afirmatif untuk memikir, merenung tentang keadaan ketidakadilan, tetapi tidak pernah mengetepikan kedudukan anak India, anak Cina, apa lagi suku kaum Bumiputera sama ada Orang Asli atau penduduk di Sabah dan Sarawak," katanya dipetik Metro ketika berucap melancarkan pelan transformasi tersebut di Putrajaya hari ini.


Anwar yang Menteri Kewangan turut menggesa semua agensi pemerkasaan agenda Bumiputera untuk melaksanakan program dengan penuh akauntabiliti dan bertanggungjawab.


Katanya, pengurusan yang merosakkkan agensi tersebut dengan tatakelola yang rendah boleh dianggap sebagai pengkhianat.

"… sebelum kita terus ke peringkat pelaksanaan, yang nak laksanakan ini siapa? Tentunya agensi Bumiputera, maka mereka harus pastikan proses pelaksanaan itu lebih teliti, lebih cekap, lebih bertanggungjawab," katanya.


Terdahulu Anwar berkata PuTERA35 yang diperkenalkan hari ini merupakan anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.


"Negara harus dipacu dengan tahap kelajuan yang lebih meyakinkan dan dalam masa sama, negara masih bertapak kepada kenyataan bahawa pemacuan ini tidak harus meminggirkan mana mana pihak.


"Kerangka pemikiran bahawa pemacuan ekonomi itu harus bersama dengan penyertaan seluruh rakyat tanpa meminggirkan mana-mana suku kaum atau wilayah," katanya.


PuTERA35 diperkenal bagi memperkasakan Bumiputera agar sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI iaitu Memperkasa Rakyat serta dijajarkan dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) yang akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan lebih berkualiti.


PuTERA35 mempunyai tiga teras utama iaitu Memperkukuh Pasak Ekonomi Negara; Memperteguh Kerukunan Tatakelola dan Institusi serta Menegakkan Keadilan Sosial.


Kementerian Ekonomi memaklumkan pelaksanaan pelan transformasi itu akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan Perdana Menteri.




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page