top of page

Pelan strategik kurangkan gula KKM langkah proaktif

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 15, 2023
  • 1 min read


Keputusan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menghasilkan pelan startegik pengurangan gula dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan satu langkah yang proaktif.


Menurut Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, kenyataan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa kelmarin yang melibatkan tindakan multi sektoral bermula 2023 - 2025 amat kena pada masanya kerana semakin banyak rakyat menghidapi pelbagai penyakit akibat pengambilan gula berlebihan.


"Umum mengetahui penggunaan gula yang berlebihan dalam makanan mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jika budaya penggunaan gula secara berlebihan tidak dikawal maka sistem kesihatan kita akan mengalami bebanan yang lebih besar dalam merawat penyakit akibat komplikasi gula yang berlebihan.


"Mengambil contoh di negara maju, pelbagai inisiatif untuk mengawal penggunaan gula ini telah dijalankan termasuk pengenaan cukai terhadap produk minuman bergula dan sebagainya," katanya.


Bagi Ahmad Nadhir, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam usaha mengurangkan penggunaan gula dalam kalangan masyarakat demi melindungi generasi akan datang.


"Langkah KKM memperkenalkan pelan ini harus disambut baik oleh segenap masyarakat.


"Melahirkan masyarakat yang mempunyai kesihatan yang optimum merupakan salah satu objektif Malaysia Madani. Justeru kerjasama semua pihak harus digembeling untuk merealisasikan generasi masyarakat yang mempunyai budaya dan gaya hidup sihat," katanya lagi.


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page