top of page

Pelan pendidikan baharu: Kementerian fokus lima perkara - Fadhlina



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memberi tumpuan membangunkan pelan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pelan yang meliputi tempoh 2026-2035 itu bertujuan memperkukuhkan sistem pendidikan negara agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan masa depan.


''Secara asasnya, tunjang utama Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 adalah berpaksikan kepada Akta Pendidikan 1996 dan memenuhi hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.


''Pelan tersebut berhasrat melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan selain menitik beratkan elemen inklusif dan pemerkasaan potensi murid secara holistik.


''Ia selaras dengan usaha untuk membina perpaduan dan memperkukuh semangat patriotisme,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, terdapat lima fokus utama kementeriannya bagi menjayakan matlamat tersebut.


Lima perkara tumpuan yang diberikan oleh pihaknya adalah kualiti akses dan ekuiti, ketersediaan sumber, kecekapan, fleksibiliti serta kemampanan.


''Secara rangkumannya, hala tuju pelan ini untuk 10 tahun akan datang dicorakkan agar sistem pendidikan negara bersedia mendepani cabaran global terutamanya dengan rempuhan teknologi tanpa mengenepikan tumpuan ke arah pengukuhan nilai-nilai intrinsik murid dengan kelangsungan generasi modal insan masa hadapan,'' katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page